MUHAMMAD IZHAQ MUTAQIN BIN MADZLI

Laporan Hari Sukan Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau
Pada dua minggu lepas, Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau mengadakan hari sukan tiga hari berturut-turut. Dua hari sebelum hari sukan, semua rumah sukan mengadakan perjumpaan di tempat yang telah ditetapkan oleh guru bagi memberikan taklimat rumah sukan berkaitan dengan tema, acara yang diadakan dan latihan rumah sukan yang akan dilakukan setiap petang. Pada waktu petang, setiap rumah sukan akan menjalani latihan rumah sukan seperti lompat jauh, lontar peluru dan lari 100 meter. Apabila selesai latihan rumah sukan, pelajar akan dinilai dan dibenarkan melakukan sebarang aktiviti sukan. Bersukan pada waktu petang amat digalakkan kerana seseorang itu akan berpeluh lalu toksik dalam badan dapat dikeluarkan dan kita akan terhindar dari mendapat sebarang penyakit.

                           Pada hari sukantara, semua pelajar akan melakukan aktiviti memanaskan badan .Aktiviti memanaskan badan ini penting kerana ia dapat mengurangkan risiko kecederaan. Sukantara juga amat penting kerana ianya dapat menambahkan lagi markah rumah sukan Kebanyakkan pelajar tidak lepas aktiviti larian 100 meter ini kerana kebanyakkan pelajar staminanya rendah. Oleh yang demikian kita perlulah sentiasa melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan seperti merentas desa. Pada masa itu juga, kebanyakkan gerai sudah sampai, kebanyakkan pelajar membeli makanan yang dijualkan terdapat pelbagai makanan dan minuman yang dijual.

                           Kesokannya, atlet akan bersedia untuk acara 800 meter kebanyakkan atlet yang mempunyai stamina yang kuat akan menyertai acara ini. Selepas itu, acara 100 meter dan 200 meter berlangsung. Acara ini sesuai untuk atlet yang lari laju. Pada masa yang sama acara lontar peluru, rejam lembing dan diikuti dengan lempar cakera turut diadakan. Semasa waktu rehat semua rumah sukan sedang menghias khemah rumah sukan masing-masing. Pelbagai hiasan yang cantik digantungkan di khemah seperti belon, origami dan sebagainya. Pada waktu rehat, acara 4x100 meter diadakan. Acara yang terakhir untuk hari itu adalah acara 1500 meter terbuka untuk semua tingkatan, kebanyakkan yang menyertai adalah atlet yang mempunyai stamina dan kelajuan yang tinggi.
                           Pada hari terakhir hari sukan, semua ahli rumah sukan perlu berada di tengah-tengah padang bagi aktiviti perasmian. Kelima-lima rumah sukan bersedia melakukan aktiviti perbarisan pelbagai maskot yang menarik perhatian orang. Sambutan yang hangat memeriahkan lagi suasana. Setelah selesai aktiviti perasmian, atlet-atlet sudah bersedia di atas trek larian untuk acara 400 meter dan 4x400 meter mereka tampak penuh semangat dan berkeyakinan. Kebanyakkan atlet cuba sedaya upaya untuk mendapat pingat emas. Dengan ini kita dapat lihat setiap atlet mempunyai semangat sukan yang tinggi. Setelah selesai acara yang terakhir, semua cikgu rumah sukan menjalankan lari 4x50 meter acara bebas, lari 50 meter acara guru perempuan dan lari 100 meter acara guru lelaki. Bukan setakat pelajar sahaja malahan guru juga turun padang untuk memeriahkan lagi suasana. Setelah beberapa jam selepas itu, sesi penutupan hari sukan berlansung yang dirasmikan oleh YDP muafakat iaitu Encik Ismail bin Kassim dan TPPB iaitu Encik. Rahmat bin Ahmad. Semua atlet yang berjaya mendapat pingat akan berdiri di podium dan mengambil gambar sebagai tanda kenang-kenangan.

                           Setelah selesai mengambil pingat, pengacara majlis iaitu Ustaz Wan megumumkan kemenangan rumah sukan berpihak kepada rumah sukan Kejora, diikuti dengan Belantara naib johan dan Purnama tempat ketiga. Manakala acara perbarisan dimenangi oleh rumah sukan Purnama. Semuanya berakhir dengan penyampaian hadiah bagi rumah sukan. Hari sukan ini memberi kesan kepada semua orang untuk bersukan dan riadah. Kebanyakkkan pelajar sering bersenam dan bermain sukan seperti ragbi, bola sepak dan lain-lain. Hal ini demikian kerana, bagi menambahkan lagi stamina dan kelajuan apabila belari dan untuk mengelakkan sebarang masalah penyakit. Bak kata pepatah badan cergas, otak cerdas apabila pelajar itu sering bersukan ia akan memberikan kesan positif kepada akademik.
                           Aktiviti sukan mempunyai banyak kepentingan oleh yang demikian kita perlu mengamalkan aktiviti sukan pada setiap hari bukan sahaja pada hari sukan. Kepentingan aktiviti sukan adalah kita dapat mengeratkan hubungan antara kaum. Hal ini demikian kerana, apabila sesuatu jenis sukan yang diwakili oleh peserta dari pelbagai kaum, mereka sudah tentu akan bekerjasama untuk mencapai satu matlamat iaitu menang. Selain itu, jika seseorang atlet itu dapat menceburi bidang sukan daam peringkat antarabangsa, sudah tentu ia dapat mengharumkan nama sesebuah negara. Di samping itu, bersukan dapat mengekalkan berat badan yang ideal. Semasa bersukan, kita boleh menegangkan otot dan membakar lemak dalam badan dan dapat mengelakkan obesiti. Selanjutnya, aktiviti sukan dapat mengisi masa lapang. dengan melibatkan diri dengan sukan kita tidak akan terjerumus dengan perkara yang tidak berfaedah. Akhir sekali, kita dapat melepaskan tekanan kehidupan seharian kita. Apabila kita bersukan kita akan menikmati sukan itu dengan gembira.

Laporan disediakan oleh                                                                                                  16/03/2020


(MUHAMMAD IZHAQ MUTAQIN BIN MADZLI)
Setiausaha
Kelab Majalah Maktab
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau

Comments

Popular Posts