HAFIY HAKIMI BIN MOHD HARDEY
Laporan Aktiviti Sepanjang Hari Sukan
Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau
Pada 2 Mac 2020, telah diadakan Hari Sukan Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau. Semua pelajar terlibat dengan Hari Sukan pada hari tersebut. Sukan ini dapat melahirkan semangat juang yang tinggi dalam diri setiap pelajar terutamanya guru-guru untuk menaikkan nama rumah sukan masing-masing. Bukan itu sahaja, sukan juga dapat mewujudkan semangat kekitaan dalam kalangan pelajar. Hal ini dikatakan sedemikian kerana mereka sanggup mengorbankan masa untuk menghias khemah rumah sukan masing-masing tanpa memikirkan penat lelah.
Pada hari pertama Hari Sukan di Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah diadakan sukantara. Sukan ini wajib disertai oleh semua pelajar. Sukan ini dijalankan bagi menambah markah rumah sukan masing-masing. Semua ahli rumah sukan masing-masing bersukan dengan menunjukkan semangat juang yang tinggi menandingi rumah-rumah sukan yang lain. Sukantara ini berlangsung dari pagi hingga tengah hari. Memandangkan terdapat waktu lapang pada petang tersebut, semua ahli rumah sukan mengambil kesempatan untuk menghias khemah rumah sukan masing-masing. Dengan cara ini, Kita dapat mengenali rakan-rakan kita dengan lebih mendalam melalui aktiviti-aktiviti secara berkumpulan yang perlu dilakukan seperti melukis dan mewarna sepanduk rumah sukan.
Hari kedua dan ketiga adalah Hari Olahraga Tahunan. Acara yang dipertandingkan adalah mengikut acara yang dipertandingkan di Olimpik. Hanya atlit yang terpilih sahaja boleh menyertai acara tersebut. Semua atlet yang terpilih adalah atlit yang boleh membawa pulang markah kepada rumah sukan. Pada hari terakhir Hari Sukan, majlis penutup Hari Olahraga Tahunan didahului dengan ucapan (YDP) Muafakat Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau. Majlis ini diakhiri dengan ucapan dari Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat. Sebagai kesimpulan, kita sebagai pelajar perlulah mengeratkan hubungan silaturahim dan jangan menyimpan perasaan dendam di alam hati setelah menerima kekalahan.
Terdapat banyak kepentingan yang kita peroleh daripada bersukan. Badan kita tidak akan mudah letih setiap hari. Hal ini dikatakan sedemikian kerana kita akan tidur awal pada waktu malam. Secara tidak langsung, kita akan mendapat rehat yang cukup. Kita juga dapat merapatkan ukhwah di antara guru dan pelajar. Sebagai contoh, guru akan menyokong anak murid yang sedang berlari untuk memenangi acara tersebut. Selain itu, Bersukan juga dapat mencungkil bakat pelajar-pelajar yang berpotensi untuk mewakili maktab ke peringkat yang lebih tinggi. Sejurus, mereka dapat mengharumkan nama maktab. Bukan itu sahaja, guru-guru akan bertungkus-lumus menggilap pelajar ke tahap yang lebih tinggi. Bak kata peribahasa “kalua tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Malaysia mempunyai pelbagai sukan yang menarik dan mampu dimainkan oleh semua rakyat Malaysia. Menteri Belia dan Sukan kita yang lalu, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman telah mencadangkan satu sukan yang baharu iaitu E-sukan atau lebih dikenali sebagai ‘E-sport’. Sukan ini merupakan sukan yang terbaharu di Malaysia. Baru-baru ini, Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau telah mengadakan sukan ini. Sukan ini mendapat sambutan yang hangat dalam kalangan pelajar-pelajar. Pelajar-pelajar diberi pilihan sama ada ingin menyertai ‘Mobile Legend’ atau ‘Clash Royale’. Sukan ini mengambil masa selama tiga hari untuk sampai ke peringkat akhir. Pada dua hari pertama, sukan ini dilakukan secara tertutup. Sukan ini dimainkan secara terbuka pada hari ketiga untuk menentukan pemenang bagi sukan ini. Pemenang akan mendapat hadiah yang lumayan antaranya piala dan sijil.
Akhir sekali, terdapat persamaan dan beberapa perbezaan ciri-ciri dan cara bersukan di antara negara Malaysia dan negara yang lain. Persamaannya adalah Malaysia menggunakan jarak yang sama untuk berlari. Kerajaan Malaysia mengadakan pertandingan lumba lari kebanyakannya adalah di stadium. Hal sedemikian sama seperti negara-negara yang lain. Perbezaan ciri sukan di antara Malaysia dan negara lain adalah dari segi sukan tradisional yang terdapat di Malaysia antaranya adalah pertandingan wau. Negara seperti Amerika Syarikat dan Brazil tidak mengadakan pertandinag wau seperti di Malaysia malah, mereka mempunyai laying-layang. Cara bersukan di Malaysia juga berbeza. Kebanyakan negara lain seperti New Zealand mempunyai suhu yang dingin. Oleh itu, mereka sukar berpeluh dan akan menyebabkan pundi air kencing mereka mengandungi isipadu air kencing yang banyak manakala, Malaysia mempunyai suhu yang panas. Oleh itu, rakyat Malaysia mudah untuk berpeluh ketika bersukan. Justeru, pundi air kencing akan mengandungi isipadu air kencing yang lebih sdikit berbanding bersukan di suhu yang dingin.
Laporan disediakan oleh, 18 MAC 2020
Hafiy Hakimi
(Hafiy Hakimi bin Mohd Hardey)
Pelajar Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau
Comments
Post a Comment