MUHAMMAD AZFAR BIN AZEMI
Laporan Kejohanan Sukan Olahraga MRSM Balik Pulau
Pada 4 Mac 2020 hari Rabu, Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah mengadakan kejohanan sukan olahraga pada minggu aktiviti maktab. Kejohanan sukan olahraga ini diadakan di padang pada jam 8.00 pagi.
Dua hari sebelum kejohanan sukan olahraga ini, pemasangan khemah rumah sukan serta perhiasan khemah rumah sukan dilaksanakan. Proses menghias khemah-khemah rumah sukan telah dijalankan dengan baik. Kesemua khemah rumah sukan kelihatan lebih cantik dan ceria. Ahli jawatankuasa perhiasan khemah rumah sukan telah berganding bahu untuk menghiaskan khemah rumah sukan. Selain itu, guru-guru rumah sukan juga membantu menyediakan bahan bagi murid melaksanakan tugas tersebut.
Keadaan cuaca pada hari kejohanan sukan olahraga MRSM Balik Pulau itu adalah sangat cerah. Sebaik sahaja selepas perhimpunan pagi, kesemua murid berkumpul di khemah rumah sukan masing-masing. Kesemua murid melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum acara bagi mengelakkan kecederaan. Atlet-atlet rumah sukan mendapatkan nombor masing-masing daripada guru bertugas. Ahli kawad kaki rumah sukan pula bersiap sedia memakai pakaian khas bagi pertunjukkan kawad daripada setiap rumah sukan yang akan diadakan sebentar lagi. Pada jam 8.00 pagi, semua murid dikehendaki untuk berbaris dalam rumah sukan masing-masing di tengah padang pada hari yang panas terik. Manakala guru-guru pula berkumpul di astaka yang berbumbung daripada panas terik matahari. Selepas murid-murid dan guru-guru telah berkumpul, maka lintas hormat dan kawad formasi rumah sukan pun bermula. Seterusnya, Tuan Pengetua MRSM Balik Pulau memberikan ucapannya serta merasmikan hari kejohanan sukan olahraga MRSM Balik Pulau.
Selepas ucapan perasmian, Badan Wakil Pelajar mewakilkan bacaan doa agar Allah merahmati program ini serta program dapat berjalan dengan lancar. Sebaik sahaja bacaan doa, acara sukan pun dilangsungkan. Acara sukan berjalan dengan baik dan lancar tanpa sebarang masalah teknikal. Selepas beberapa acara, kejohanan sukan olahraga berhenti sebentar untuk rehat pada jam 10.00 pagi. Selepas acara terakhir tamat, Timbalan Pengetua Pembangunan Bakat menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Rumah sukan yang berjaya menjuarai kejohanan sukan olahraga ini ialah rumah sukan Kejora. Seterusnya, naib johan ialah rumah sukan Belantara dan akhir sekali ialah rumah sukan Purnama. Kejohana sukan olahraga ini tamat pada jam 12.30 tengahari. Semua hadirin bersurai dan pelajar pula balik ke asrama.
Laporan disediakan oleh, 23/3/2020
(MUHAMMAD AZFAR BIN AZEMI)
Comments
Post a Comment