NUR AQILAH BADRISYA BINTI AZIZ

Laporan Hari Sukan Maktab
Maktab Rendah Sains MARA , Balik Pulau

Pada 2 haribulan Mac 2020 yang lalu,Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau telah mengadakan Hari Sukan Maktab peringkat sekolah.Hari Sukan Maktab ini diadakan oleh pihak sekolah dengan bertujuan murid-murid dapat mengenal erti semangat berpasukan dan semangat kesukanan sepanjang program dijalankan.Hari Sukan Maktab dirasmikan oleh Tuan Haji Mohd Khairul Anuar bin Shafie,Pengetua MRSM Balik Pulau.Beliau menyampaikan sepatah dua kata sebelum merasmikaan program ini.Beliau juga berharap agar murid-murid dapat menjalankan program ini dengan lancar.Selepas itu,majlis perasmian diteruskan dengan bacaan doa untuk memberkati program yang dijalankan.

Sebelum aktiviti dijalankan,warga sekolah menyanyikan lagu Negaraku,lagu negeri Pulau Pinang serta lagu sekolah.Murid-murid bersorak sorai menandakan perasaan teruja bahawa Hari Sukan Maktab telah dirasmikan dengan lancar.Murid-murid pulang ke khemah rumah sukan untuk menghias khemah rumah sukan masing masing.Semua murid fokus dalam menghias khemah mereka manakala para atlet bersedia untuk bertanding dalam acara yang disertai.Program dimulakan dengan acara 100 meter.Setiap ahli rumah sukan bersorak dan memberi semangat kepada para atlet yang bertanding.Atlet-atlet yang berpijak atas garisan permulaan berasa gementar sebelum bunyinya hon yang dilancarkan oleh penjaga barisan.

Para atlet berlari dengan bersungguh sungguh untuk menyumbang markah kepada rumah sukan masing masing.Ini adalah kerana mereka mahu merasa bagaimana kemenangan yang mereka impikan dikecapi.Oleh itu,mereka mencuba sedaya upaya untuk sampai ke garisan penamat sepantas yang boleh.Pemenang yang tiba di garisan penamat meraikan kemenangannya dengan rasa gembira lalu pulang ke khemah.Para penyokong sungguh kagum atas usaha usaha para atlet yang bertanding.

Program diteruskan dengan acara 400 meter,800 meter,lontar peluru,dan lain lain.Semasa aktiviti dijalankan,semua murid diamanahkan untuk menjaga kebersihan di sekitar kawasaan padang dan juga sekitar sekolah.Murid murid yang kelapangaan menawarkan diri untuk mengutip sampah sarap yang bertaburan di padang.Pada masa yang sama,mereka dapat memupuk sifat menjaga alam sekitar dalam diri mereka.Kesannya,kawasan sekolah akan seentiasa dalam keadaan yang bersih sekiranya semua murid memupuk sifat ini.

Selepas itu,ketibaan van makanan di tepi padang membuatkan murid murid teruja memandangkan mereka sedang kelaparan setelah penat menyokong atlet atlet yang bertanding.Murid murid beratur ketika membeli makanan dengan beretika.Oleh itu,keadaan tidak akan menjadi sesak dan tidak teratur.Pada masa yang sama,mereka dapat menikmati makanan mereka dalam keadaan yang tenang.Kesannya ,murid murid dapat mempuk sifat kesabaran dalam diri mereka.Setiap murid haruslah mempuk sifat kesabaran kerana impaknya kepada orang lain dapat mewujudkan kedamaian dan harmoni antara satu sama lain.

Setelah atlet selesai bertanding,acara acara yang dijalankan pun selesai.Tibanya juri untuk menilai keceriaan rumah sukan masing. .Murid murid bertungkus lumus untuk menghias khemah mereka secantik yang mungkin.Setelah selesai menilai ,majlis penutup pun dijalankan.Murid murid berasa gementar menunggu keputusan pemenang rumah sukaan untuk tahun 2020.Setelah pemenang diumumkan,ahli rumah sukkan yang lain bersorak kegembiraan menandakan setiap titis peluh mereka memberi impak yang baik kepada rumah sukan mereka.Akhirnya,majlis penutup pun sudah tibaa ke penghujungnya.Murid murid diarahkan untuk mengemas semula khemah mereka dan mengutip sampah sarap yang berada di sekitar kawasan padang.Murid murid mengakhirkan Hari Sukan Maktab mereka dengan gembira bersama pengalaman yang diperoleh sepanjang aktiviti dijalankan.

Laporan disediakan oleh,                                                                                                     16 MAC 2020                                                                                                                 
NUR AQILAH BADRISYA BINTI AZIZ
Editor majalah E-sukan
Maktab Rendah Sains MARA Balik Pulau

Comments

Popular Posts