NUR HIDAYAH BINTI AHMAD ABIR

LAPORAN HARI SUKAN MRSM BALIK PULAU
      Pada minggu aktiviti yang lalu,MRSM Balik Pulau telah mengadakan hari sukan sekolah kali ke-30.Hari sukan ini berlangsung selama tiga hari iaitu pada 2 Mac 2020 hingga 4 Mac 2020.Objektif hari sukan ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat pelajar dalam bidang sukan.
      Pada 2 Mac 2020,setiap ahli rumah sukan perlu mengambil bahagian dalam Sukantara.Sukantara ialah acara padang yang diadakan bertujuan untuk menambah mata rumah sukan.Sebagai contoh,lontar peluru,lompat jauh dan larian 100 meter.Pelajar perlu melepasi tahap yang diberikan untuk mendapatkan markah.
      Pada 3 Mac 2020 merangkap hari kedua hari sukan diadakan,acara padang dan balapan diadakan.Acara padang ialah acara yang merangkumi lompatan dan lontaran.Antara acara yang dipertandingkan ialah rejam lembing,lempar cakera,lompat jauh dan lontar peluru.Acara balapan ini dipertandingkan untuk kepantasan,ketahanan dan kekuatan atlet.Antara acara yang dipertandingkan ialah acara 100 meter,200 meter,800 meter,1500 meter dan 4x400 meter.
      Pada 4 Mac 2020 iaitu hari terakhir hari sukan,acara dimulakan dengan acara perbarisan.Setiap rumah sukan dapat menunjukkan kreativiti dan keunikan rumah sukan masing-masing.Pelbagai perkara dipersembahkan bagi melambangkan rumah sukan.Acara diteruskan dengan acara balapan yang masih belum dipertandingkan.Sebagai contoh,4x100 meter dan 400 meter.
      Selepas acara perbarisan tamat dan acara padang ingin menyusul,terdapat satu pertandingan yang khas iaitu hiasan khemah rumah sukan.Juri meninjau setiap khemah rumah sukan dan memberi markah.Kebanyakan pelajar mengambil bahagian dalam hiasan rumah sukan terutamanya pelajar yang tidak mengambil bahagian dalam sebarang acara.Tidak lupa juga kepada guru yang turut bertungkus lumus menghias khemah rumah sukan.
      Acara terakhir ialah sesi penyerahan hadiah kepada pemenang.Hadiah diberikan oleh pengetua dan timbalan pengetua kepada atlet yang mendapat tempat ketiga,kedua dan pertama dalam acara yang disertai.Semua pelajar bersorak setiap kali pemenang diumumkan.Suasana di padang sudah semestinya meriah.Seterusnya,pemenang keseluruhan diumumkan.Terdapat rumah sukan yang meningkat dan menurun berbanding tahun sebelumnya.Pelajar sangat gembira dan mereka berkongsi kegembiraan mereka bersama rakan-rakan.Menang atau kalah sudah menjadi adat permainan dan diharapkan agar yang kalah tidak terus bersedih sebaliknya berusaha untuk menjadi lebih baik untuk tahun-tahun mendatang.
 
 
 
 
Laporan disediakan oleh,                                                                                      16 Mac 2020

(NUR HIDAYAH BINTI AHMAD ABIR)
Editor majalah E-sukan
MRSM BALIK PULAU

Comments

Popular Posts