MUHAMMAD SYAZRIL BIN MOHAMMAD SHARIF
Kejohanan Rumah Sukan MRSM Balik Pulau
Pada 2 hingga 4 Mac yang lalu MRSM Balik Pulau telah mengadakan hari sukan yang
berlangsung di padang MRSM Balik Pulau. Semua pelajar dan guru bergiat aktif dalam
mengusahakan hari sukan tersebut.
Sukan merupakan perkara yang wajar diamalkan oleh setiap individu.Hal ini demikian
kerana, sukan dapat menyihatkan tubuh badan.Buktinya, apabila kita bersukan, badan Kita akan
mengeluarkan peluh dan berlakunya pembakaran lemak. Hasil daripada rentetan itu, badan kita
akan lebih cergas dan kita juga akan terhindar daripada masalah seperti obesiti dan kolestrol.
Selain itu, Aktiviti sukan juga dapat mencungkil bakat pelajar dalam sesuatu acara sukan. Dalam
pertandingan yang diadakan di peringkat sekolah, akan muncul pemenang dalam sesuatu acara.
Pihak sekolah akan memilih pemenang-pemenang ini untuk mewakili sekolah di peringkat
daerah dan seterusnya di peringkat negeri. Sebelum bermulanya hari sukan ini , Murid -murid
serta guru -guru rumah telah bertungkus-lumus menyiapkan persiapan awal dalam tempoh dua
minggu sebelum bermulanya hari sukan tersebut.Setiap pelajar akan berada bersama guru rumah
sukan masing-masing bagi merancang persiapan khemah, maskot ,tema dan atlet yang akan
menyertai sukan-sukan yang diadakan.Manakala, persediaan seperti minuman dan kasut larian
atlet pula akan diuruskan oleh AJK rumah sukan. Setiap individu memainkan peranan yang
penting bagi menjayakan sukan tahunan ini.
Pada 2 Mac jam 8 pagi ,semua pelajar diminta berkumpul sebelum memulakan acara Sukan
Tara yang bertempat di padang MRSM Balik Pulau. Hal ini dijayakan bagi menyumbang markah
tambahan bagi setiap rumah sukan.Pada hari tersebut,semua pelajar akan bertanding untuk
mendapatkan mata tambahan dalam aktiviti sukan seperti larian 100 meter,lompat jauh dan
lontar peluru .Pada pagi itu, pelajar telah dimaklumkan oleh Exco Sukan tempat dimana acara
akan dipertandingkan mengikut rumah sukan masing-masing.Setelah siap acara pertama
dipertandingkan setiap rumah sukan akan bergerak ke acara seterusnya mengikut aturan yang
telah ditetapkan. Setelah habisnya sukan tara, semua ahli rumah sukan diminta untuk bergerak ke
khemah masing-masing bagi aktiviti menghias khemah dengan tema yang telah diberikan.
Keesokan harinya pula iaitu pada tarikh 3 Mac,telah berlangsungnya hari sukan yang
dinantikan oleh warga MRSM Balik Pulau.Sekitar jam 8 pagi, semua pelajar diarahkan untuk
berada di khemah masing-masing bagi persediaan untuk pelajar yang terlibat dengan acara yang
berlangsung pada hari tersebut.Antara yang dipertandingkan pada hari itu adalah 100 meter,200
meter,800 meter, 1500 meter, 4 x 100 meter, rejam lembing, lempar cakra dan lompat jauh .
Atlet yang akan bertanding diminta untuk berkumpul di khemah berasingan bagi mengambil
kehadiran dan bersiap sedia bagi acara yang bakal dipertandingkan. Apabila bermulanya
pertandingan,semua ahli rumah sukan yang tidak terlibat akan berkumpul ditepi padang untuk
memberikan sorakan dan semangat kepada atlet yang bertanding .Suasana di padang diriuhkan dengan sorakan daripada ahli-ahli rumah sukan yang memberikan sokongan kepada rumah sukan
masing-masing.Sekitar jam 12 tengahari, trak-trak makanan yang dijemput mula memenuhi
kawasan di sekitar padang. Pelajar-pelajar mula beratur sebelum memesan makanan yang lazat
yang dihidangkan oleh trak-trak makanan tersebut.Pada masa yang sama, sesi penyampaian
pingat kemenangan yang disampaikan oleh Encik Rahmat untuk meraikan kemenangan atlet
atlet yang bertanding pada hari tersebut .
Pada keesokkan harinya yang merupakan hari terakhir bagi sesi sukan tahunan di MRSM
Balik Pulau , hari ini dimulakan dengan perbarisan rumah sukan dan majlis perasmian .Tetamu
istimewa yang dijemput dan pengetua memberikan beberapa pembuka kata dan seterusnya
merasmikan sukan maktab pada tahun ini. Setelah selesai majlis perasmian,semua atlit akan
bergerak ke khemah acara untuk mengambil kehadiran manakala pelajar yang tidak bertanding
akan bergerak ke khemah sukan masing-masing. Sejurus bermulanya acara pada pagi itu atlet
yang belum bertanding akan bertanding pada hari tersebut.Seterusnya, giliran untuk para guru
MRSM Balik Pulau pula untuk bertanding dalam beberapa acara sukan. Setelah habisnya acara
sukan, semua warga MRSM Balik Pulau akan berkumpul di tengah padang bagi menjayakan
majlis penutup . Timbalan -timbalan pengetua Dan Yang Dipertuan Muafakat dijemput bagi
memberikan sepatah dua kata seterusnya merasmikan Majlis Penutupan Sukan Tahunan MRSM
Balik Pulau pada tahun ini. Kemudian bermulalah acara penyampaian pingat kepada pemenang
pemenang. Akhir sekali, pengacara majlis mengumumkan pemenang rumah sukan pada tahun ini
iaitu rumah sukan Kejora. Majlis tersebut diakhiri dengan sesi pengambaran guru-guru dan
seluruh ahli rumah Sukan.
Saya berharap agar sukan tahunan pada tahun hadapan akan lebih meriah dan semua pelajar
akan sentiasa bertenaga dan sihat supaya dapat menyertai sukan tahunan pada masa hadapan.
Laporan disediakan oleh, 1 APRIL 2020
(MUHAMMAD SYAZRIL BIN MOHAMMAD SHARIF)
Pelajar, Kelas 3 Jazari
Maktab Rendah Sains Mara Balik Pulau
Comments
Post a Comment